Thursday, November 24, 2011


Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas. Pelaburan emas melalui barang kemas.

Buana Emas created a doc.
 
Pelaburan emas melalui barang kemas.
Ramai yang bertanya kepada saya “Adakah barang kemas pelaburan yang emas yang menguntungkan?”
Saya akan menjawab:
“Emas adalah aset. Jadi membeli barang kemas sebagai untuk tujuan pelaburan juga menguntungkan. Tetapi ia mengambil masa yang lebih panjang untuk untung berbanding membeli jongkong emas, syiling emas dan juga dinar emas”. Sebab utamanya ialah susut nilai barang kemas adalah tinggi (dalam 25%).
Jadi kalau nak untung cepat, anda perlu memilih barang kemas terbaik.

Jika anda pandai memilih barang kemas, maka anda boleh mendapat keuntungan yang maksima daripada barang kemas tersebut.
Jadi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai 3 perkara iaitu:

1. Apakah kelebihan pelaburan emas melalui barang kemas.
2. Apakah kelemahan pelaburan emas melalui barang kemas
3. Tips bagaimana memaksimakan keuntungan melalui barang kemas.

Kelebihan barang kemas.
Berikut adalah senarai kelebihan membeli & memiliki barang kemas.
1. Barang kemas cantik dan boleh dipakai, pasti menceriakan hati pemakainya 
Makin banyak makin ceria 

2. Kelebihan dari segi zakat emas 
3. Boleh digadaikan di Ar-Rahnu jika memerlukan tunai segera@pusingan modal

Barang kemas boleh digadaikan di Ar-rahnu tanpa sebarang masalah.

4. Harta warisan yang sangat baik dan boleh memberikan sentimental value yang kuat kepada penerimanya.
Contohnya Mami Jarum, bila dah tua dia boleh wariskan gelang-gelang nie kat anak cucunyer.

5. Boleh memberikan keuntungan bila dijual semula (apabila harga emas meningkat).

Tengok graf kenaikan harga emas sepanjang 10 tahun lalu. Best!
Kelemahan barang kemas.
Berikut adalah kelemahan-kelemahan barang kemas.
1. Harganya mahal jika anda beli di kedai emas yang ikut harga FGJAM (ada kedai emas yang boleh jual emas di bawah harga FGJAM).
2. Ada kos workmanship (upah tukang). Upah ini pula bergantung kepada design barang kemas tersebut. Semakin sukar bentuk barang kemas tersebut maka upah semakin mahal.
3.  Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding jongkong (antara 25% sehingga 40%)
4. Boleh rosak (putus, patah, bengkok, berlubang dan kemek). Dah ler tak boleh nak pakai, simpan kena zakat. Kalau tolak kat kedai kena tolak susutnilai 25%.
Contoh: Rantai tangan yang putus.

Contoh: Gelang tangan yang berlubang dan akhirnya patah.

5. Susah nak gadai di Ar-Rahnu kalau ada batu permata
(sebab tak boleh timbang dengan densimeter)

6. Anda boleh rugi banyak jika menjual balik barang kemas yang ada
banyak batu permata sebab nilai belian cuma dikira berdasarkan berat emas.
Contoh cincin dengan hiasan batu permata. Bila jual balik kedai ambil nilai emas sahaja.
Jadi, sebagai pelabur yang bijak, anda perlu memilih barang kemas yang boleh memberikan keuntungan dan manfaat yang maksimum kepada anda.
Bagaimana memaksimakan keuntungan dengan barang kemas?
Baiklah, di sini saya ingin berkongsi 6 tips dengan anda semua, cara-cara memaksimakan keuntungan dengan barang kemas. Jadi sebelum anda membeli barang kemas ikutilah panduan ini.


Tips 1: Survey samada kedai emas tersebut boleh menjual emas di bawah harga FGJAM (www.fgjam.org.my)
Huraian: Walaupun kedai emas memaparkan harga FGJAM namun bila anda tanya betul-betul diorang boleh kasik harga lebih murah.
Harga semasa di kedai emas biasanya berpandukan harga FGJAM.

Tips 2:  Survey kos workmanship untuk design kesukaan anda di 3-4 kedai emas. Kemudian tawar-menawar untuk harga upah.
Huraian: Katakan anda sukakan sesuatu design (contohnya buah loket dibawah), tanya kedai emas tersebut berapa upah tukang (workmanship) untuk design tersebut. Anda jangan terkejut kalau harga tukang antara satu kedai dan kedai lain adalah jauh berbeza walaupun design adalah sama (sehingga 100% perbezaan). Jadi, kalau kos upah lebih murah maka anda akan lebih jimat. Anda boleh tawar menawar upah tukang. Contoh untuk buah loket di bawah, ada kedai emas cas workmanship RM60 dan ada kedai cas RM120.
Kos workmanship untuk design yang sama boleh berbeza-beza mengikut kedai.

Tips 3:  Pilih barang kemas dengan gred emas 916 (22k) ke atas.
Huraian: Gred emas biasa untuk barang kemas adalah emas 916. Elakkan membeli barang kemas dibawah gred 916 (contohnya 20 karat atau 18 karat).
Biasanya gred barang kemas adalah 916

Tips 4: Pilih design yang padu dan tebal sebab ia tahan lasak. Elakkan design yang nipis @ halus.
Huraian: Kalau anda membeli barang kemas untuk pemakaian sehari-hari, belilah barang kemas yang tahan lasak (lebih tebal dan kasar). Jika anda membeli barang kemas yang nipis, halus atau berlubang maka risiko kerosakan adalah tinggi contohnya putus, kemek, bengkok dan patah. Bila berlaku kerosakan ini, maka barang kemas tu tak boleh pakai lagi. Hati anda sudah tak ceria lagi   Nanti terpaksa trade-in kat kedai emas dan kena potong susutnilai 25%.
Satu lagi kelebihan design emas yang padu adalah ia boleh memberikan bacaan ketulenan yang tepat apabila ditimbang menggunakan mesin densimeter. Jadi anda akan seronok kerana boleh mendapat pinjaman daripada ar-Rahnu dengan nilai ketulenan emas sebenar. Kalau barang kemas nipis, kekadang bila ditimbang dengan mesin densimeter akan dapat gred yang lebih rendah seperti 20k ke  18k (walaupun sebenarnya emas tersebut 22k). 
Contoh rantai leher yang padu dan tebal. Tahan lasak

Contoh rantai tangan yang padu dan tebal. Tahan lasak

Elakkan design yang nipis (mudah patah atau kemek atau bengkok)

Elakkan barang kemas yang cantik tapi nipis, nanti kejap ajer pakai dah putus.

Barang kemas yang padu memberikan bacaan sempurna bila diuji menggunakan mesin densimeter. 

Tips 5: Pilih design yang takder batu permata (emas 100%). Elakkan sama sekali membeli barang kemas dibawah gred 916 dan ada batu permata.
Huraian: Untuk memaksimakan keuntungan, beli barang kemas yang tidak ada batu permata. Ini kerana batu permata mempunyai 2 kekurangan:

a)  Akan ada masalah bila nak gadaikan di Ar-Rahnu sebab mesin densimeter tak boleh timbang dengan tepat.
b)  Bila anda jual balik kedai tak kira berat batu permata. Diorang ambil nilai emas sahaja

Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata. Beli emas penuh. 

Tips 6: Pilih kedai yang ambil balik barang mereka dengan nilai yang tinggi.Huraian: Walaupun susutnilai standard di kedai emas adalah 25%, namun tak salah untuk anda bertanya kepada kedai emas berkenaan “adakah mereka boleh mengambil balik emas yang mereka jual dengan nilai yang lebih tinggi? Mungkin anda mendapat susutnilai cuma 15% untuk emas kedai berkenaan (resit asal perlu disertakan semasa menjual balik).Kesimpulan.Emas adalah aset. Walaupun di dalam bentuk barang kemas, ia boleh menguntungkan anda. Namun harus diingat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil perhatian sebelum membeli barang kemas.Jika anda membeli barang kemas dengan betul maka anda boleh mendapat keuntungan dan manfaat yang maksimum. Namun jika anda tersalah langkah maka anda boleh rugi banyak.Jadi, setelah membaca tips-tips diatas saya berharap anda boleh membeli barang kemas yang terbaik Untuk artikel akan datang, saya akan tunjukkan contoh barang kemas yang boleh memberikan keuntungan maksima kepada anda

.p/s: 1. Jangan lupa berkongsi ilmu emas dengan rakan-rakan anda. Mereka pasti berterima kasih kepada anda.

Wednesday, November 23, 2011


AR-RAHNU PAJAK GADAI ISLAM PERTAMA DI DUNIA

AR-RAHNU PAJAK GADAI ISLAM PERTAMA DI DUNIA

KONSEP

SISTEM cagaran untuk mendapatkan wang telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila Baginda pernah membeli makanan daripada orang Yahudi dengan menggadaikan baju besinya, menurut satu hadis riwayat Bukhari dan Muslim. 

Allah s.w.t. berfirman bermaksud: Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak secara tunai) sedangkan kamu tidak memperoleh seorang penulis, maka hendaklah ada barang jaminan yang dipegang (oleh yang berpiutang). Akan tetapi jika sebahagian kamu mempercayai sebahagian yang lain, maka hendaklah yang dipercayai itu menunaikan amanatnya (hutangnya) dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya; dan janganlah kamu (para saksi) menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Baqarah: 283) 

Dalam Islam telah termaktub sistem yang sempurna dan praktikal untuk dilaksanakan oleh umatnya bagi mengelakkan berlakunya riba dan unsur-unsur gharar (penipuan). Bagaimanapun, sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai banyak diusahakan masyarakat Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak. 

Ketua Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan berkata, orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa.Kebiasaannya mereka menggunakan wang untuk membeli barang keperluan seperti beras dan bahan makanan.

“Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas untuk membeli barang-barang lain atau ditebus balik. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah kadar bunga atau faedah yang dikenakan kepada penggadai. Malah, ada ketikanya barang tersebut akan lupus jika mereka gagal menebusnya kembali. Ini menunjukkan berlaku pengambilan terus secara tidak adil,” jelas beliau mengenai operasi pajak gadai konvensional. Pada 1990, bekas Gabenor Bank Negara, Allahyarham Tan Sri Jaafar Hussin berucap dalam sebuah forum di Pulau Pinang tentang betapa perlunya sebuah institusi kewangan Islam menerusi sistem perbankan memberi kemudahan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk memperoleh wang melalui cagaran.

Sebagai menyahut seruan itu, kerajaan Terengganu buat pertama kalinya telah melaksanakan Muassasah Gadaian Islam Terengganu pada 23 Januari 1992. Pajak gadai itu ditubuhkan di bawah Pejabat Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan Seksyen 12 dan 14 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Dari segi perundangan, operasi Muassasah Gadaian Islam Terengganu tertakluk di bawah Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Peraturannya berkuatkuasa pada 1 Jun 1992. Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-Rahn yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi gadaian Islam terawal di Malaysia. 

KERAJAAN

Kerajaan pusat telah menyarankan dilaksanakan sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu di seluruh negara menjelang 1993.
Kalangan ahli fuqaha dan sarjana undang-undang Islam mentakrifkan gadaian sebagai barang yang disahkan sebagai cagaran hutang atau dengan kata lain menjadikan sesuatu harta yang mempunyai harga sebagai jaminan hutang. Ia akan dijadikan pembayaran hutang sekiranya hutang tidak mampu dijelaskan. 

Semua barang yang boleh diperdagangkan boleh digadaikan dalam tanggungan orang berhutang. Ar-Rahnu dari sudut bahasa membawa maksud tetap (al-Dawam) dan penahanan (al-Habs). Dari segi pelaksanaan yang lebih meluas, Bank Kerjasama Rakyat dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM) telah memperkenalkan skim pajak gadai Islam kepada masyarakat umum. Pelaksanaannya mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Bank Negara Malaysia (BNM) yang bertindak sebagai badan kawal selia kerajaan.

“Sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti takaful dan Bank Islam, skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi platform untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan barang-barang runcit,” ujar Abdullah mengenai objektif pelaksanaan skim Ar-Rahnu.

YPEIM menjadi pelabur utama dan penyelaras dana pelaburan dan Bank Rakyat bertindak sebagai pengurus pelaksanaan operasi skim tersebut. Projek itu dijalankan berdasarkan kepada konsep Mudarabah Khas (Muqayyadah). Skim yang bermula pada 21 Oktober 1993 itu melibatkan pelaburan berjumlah RM5 juta daripada YPEIM dengan pembahagian keuntungan 70:30. Melihat kepada sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat, YPEIM kemudian menjalin kerjasama dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Bank Pertanian Malaysia. Pelaksanaan skim itu di semua institusi kewangan adalah selaras dengan hukum syariah.

Beberapa badan pergerakan koperasi dan kerajaan negeri turut menceburkan diri dalam bidang itu. Contohnya, kerajaan Perlis telah menubuhkan sistem pajak gadai Islam pada Januari 1997. Antara badan pergerakan koperasi yang terawal dalam pelaksanaan skim ini ialah Koperasi Pengguna Pahang Berhad, Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak Berhad dan Koperasi Kakitangan Kerajaan dan Badan-badan Berkanun Terengganu.

Jelas Abdullah, konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi perdagangan yang berunsur negatif. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam masyarakat. 

Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dijalankan, beliau mendapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Katanya, penyelewengan berlaku dari segi nilai gadaian yang semakin menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972.

Tambah Abdullah, sistem konvensional memberi nilai gadaian rendah walaupun banyak barang yang hendak digadai kerana akta tidak menetapkan kriteria untuk meletakkan harga pada barang gadaian. Peniaga pajak gadai turut mengenakan bayaran ke atas resit gadaian. Berdasarkan kepada akta itu, pemegang gadaian boleh mendapatkan semula resit secara percuma apabila memohon penangguhan tetapi ada yang mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran 50 sen untuk setiap salinan resit gadaian yang seterusnya. Mereka berani mengambil kesempatan kerana akta tidak mewajibkan pemberian resit bagi barang yang telah digadai kecuali pemegang yang perlu menyerahkan surat pajak gadai sahaja.

“Pada masa yang sama, peniaga pajak gadai tidak memulangkan wang lebihan selepas lelongan dan ditolak jumlah hutang. Tindakan ini ternyata menindas pengguna yang amat memerlukan wang tersebut,” katanya.
Apabila peniaga pajak gadai didapati sewenang-wenangnya menindas pengguna yang kurang arif mengenai operasi pajak gadai, secara tidak langsung ia membuktikan kelemahan Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. 
Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah akta itu tidak mewajibkan peniaga menunjukkan kadar faedah yang ditetapkan di tempat terbuka dengan jelas atau menerangkan kepada penggadai yang buta huruf kerana perniagaan pajak gadai tidak dipantau dengan ketat.
Akta tersebut juga tidak menetapkan kawalan atau peraturan terhadap acara melelong barang gadaian yang tidak ditebus. Malah tidak dinyatakan waktu dan tempat lelongan diadakan. Barang gadaian yang hendak dilelong juga tidak dipamerkan.

PROSEDUR

“Walaupun akta ada menyatakan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap barang cagaran tetapi jika berlaku kerosakan, pampasan yang dibayar kepada penggadai adalah tidak adil kerana ia menerima nilai yang lebih rendah dan kurang daripada nilai gadaian sebenar,” ujar Abdullah.

Enam bulan adalah tempoh pajakan yang singkat jika jumlah pinjaman yang dibuat adalah besar dan penggadai terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah. Pada masa yang sama, penggadai turut dibebankan dengan kadar faedah yang tinggi kerana perniagaan pajak gadai memerlukan modal yang besar. Selain itu, akta itu hanya mengehadkan peniaga pajak gadai memberi pinjaman sebanyak RM5,000 dan jika lebih ia perlu mendapatkan lesen peminjam wang. Keadaan ini sangat merugikan penggadai kerana keadaan inflasi akan menaikkan nilai barangan.
Dari segi menamatkan kontrak gadaian, Abdullah menjelaskan, barang gadaian akan diserahkan apabila penggadai telah melunaskan hutang kepada pemegang gadai. Sekiranya penggadai tidak mampu membayar hutang yang diambil, apabila tamat kontrak, dengan kebenaran hakim pemegang gadai boleh melelong barang tersebut dan ia hanya boleh meletakkan harga barang tersebut sebanyak hutang yang dikenakan

Selain itu, kontrak juga boleh berakhir dengan pelupusan hutang (ibra’) iaitu pemegang gadai bersetuju menghapuskan hutang dengan memulangkan semua barang tersebut tanpa membayar hutang. Mengenai status penggadai yang meninggal dunia, Abdullah menyatakan, kontrak gadaian tidak akan berakhir atau terbatal sekiranya berlaku kematian. Jika penggadai atau pemegang gadai meninggal dunia, waris-waris akan menggantikan tempat mereka. Sekiranya waris masih kecil atau berada di luar negara, maka waris boleh menjual harta gadaian dengan persetujuan pemegang gadaian dan ia hanya boleh digunakan untuk menjelaskan hutang si mati.

“Dalam kes gadaian yang menggunakan harta yang dipinjam pula, sekiranya berlaku kematian, pemegang gadai tidak boleh menjual barang tersebut melainkan dengan keizinan pemberi pinjaman. Tetapi jika pemberi pinjaman ingin menjualnya tanpa keizinan pemegang gadai, syaratnya harga jualan perlu dapat menampung jumlah hutang,” jelas Abdullah. Sistem pajak gadai Islam ternyata memberi kelebihan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan keturunan kerana ia berlandaskan kepada hukum Islam. Pajak gadai Islam dinilai oleh penasihat syariah yang terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang Islam. 
Ar-Rahnu yang dijalankan di Malaysia merupakan sistem pajak gadai yang pertama di dunia dan hingga kini masih belum ada sistem yang seumpamanya di dunia.

Definisi dari sudut syarak:        
Ar-Rahnu dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa:
Ar-Rahnu dari sudut bahasa bermakna mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya............."
(Surah al-Muddaththir 74:38)

PENGERTIAN , HUKUM DAN RUKUN AR-RAHNU
?    PENGERTIAN
Ahmad Azhar Basyir - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadikan suatu benda yang bernilai menurut pandangan syara" sebagai tanggungan hutang dengan adanya benda yang menjadi tanggungan itu seluruh atau sebahagian hutang dapat diterima"
H.M Arsjad Thalib Lubis - mentakrifkan Ar-Rahnu sebagai "menjadi suatu barang yang berupa harta dan ada harganya jadi jaminan hutang dan ia akan dijadikan pembayarannya jika hutang itu tidak dapat dibayar"
Abdul Rahman Al-Jaziri - menerangkan bahawa Ar-Rahnu menurut syara’ bererti " menjadikan barang yang ada harganya menurut pandangan syara’ sebagai jaminan kepercayaan hutang piutang. Dalam erti seluruh hutang atau sebahagiannya dapat diambil, sebab sudah ada barang jaminan tersebut.
Kesimpulannya - Ar-Rahnu boleh ditakrifkan sebagai keadaan di mana penghutang atau penerima pinjaman menyandarkan barangan kepunyaan sebagai jaminan kepada hutang atau pinjaman yang diterima daripada pemiutang atau pemberi pinjaman
?    HUKUM
Firman Allah SWT - "Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang) dan tiada memperolehi penulis, maka boleh diserahkan sahaja jaminan yang dapat dipegang
(Al-Baqarah : ayat 283)
Dalam sebuah Hadis - "Bahawasanya Nabi saw menggadaikan (Rahn) diran (baju besi) kepada seorang Yahudi yang bernama Abusy Syahmi atas pinjamannya sebanyah 30 sha gandum untuk keluarganya."
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Aisyah r.a yang bermaksud Nabi s.a.w  pernah membeli makanan dari seorang yahudi dengan harga yang dihutang.  Sebagai tanggungan atas hutangnya itu Nabi s.a.w menyerahkan baju besinya"
(Riwayat Al-Bukhari)
Dalam sebuah Hadis - "Dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang bermaksud ketika Nabi s.a.w. wafat, baju besinya masih dalam keadaan menjadi tanggungan hutang 20 sha’ (+ 50 kg) bahan makanan yang dibelinya untuk nafkah keluarganya"
(Riwayat Tirmidzi)
?    RUKUN
Hukum Ar-Rahnu mengandungi 5 perkara:
1.    Penggadai atau orang yang menggadai; iaitu orang yang berhutang
2.    Penerima gadaian atau pemegang gadai; iaitu pihak yang memberi pinjaman
3.    barang gadaian; iaitu barang yang berharga yang dipunyai dan dalam kawalan penerima pinjaman
4.    Tanggungan gadaian; iaitu jumlah yang berhutang
5.    Sighah atau perjanjian; iaitu perjanjian berkaitan pinjaman/ hutang dan gadaian
 SENARIO SEMASA
Antara Senario masa kini yang wujud di dalam penawaran perkhidmatan kewangan (pinjaman mikro kredit) di negara ini:
•    Terdapat banyak perkhidmatan yang tidak selaras dengan undang-undang dan bercanggah dengan akhlak Islam sedang memenuhi jurang penawaran perkhidmatan kewangan kepada masyarakat dalam kelompok berpendapatan rendah. 

•    Terdapat bilangan yang agak substantial mendapatkan perkhidmatan yang illegal bagi tujuan yang dianggap produktif terutamanya bagi keperluan perniagaan. Keadaan ini wujud di sebabkan oleh masih terdapat jurang yang agak ketara di antara penawaran perkhidmatan kewangan (khususnya secara Islam). 

•    Pada umumnya skim-skim pinjaman yang illegal  ini mengenakan caj yang terlalu tinggi, berlaku manipulasi dalam urusan emas dan terdapat kes immoral.   
KELEBIHAN AR-RAHNU        
Antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional ialah:
1.    Tidak Mengenakan Kadar Faedah (Unsur Riba)
Perbezaan utama antara Ar-Rahn dan Pajak Gadai Konvensional adalah pada perjanjian pinjaman yang dikaitkan dengan sesuatu ganjaran dan bukan pada gadaian itu sendiri. Dalam perjanjian Ar-Rahn, pinjaman yang diberi tidak dikenakan faedah (interest) iaitu riba di mana riba diharamkan oleh Islam, berbanding Pajak Gadai Konvensional yang menjadikan faedah sebagai sumber hasil kepada pemberi pinjaman dan ianya diharamkan oleh Islam. 

2.    Nilai Gadaian Tidak Merosot
Nilai gadaian bagi barang yang ingin ditebus semula tidak merosot dan tidak berubah serta tidak berlaku penyelewengan. Tidak berlaku sebarang masalah di mana barang kemas seperti rantai emas apabila ditebus didapati kurang berat atau pendek sedikit daripada sebelum digadai. 

3.    Wang Lebih Gadaian Dipulangkan
Sekiranya pemberi gadaian tidak berkemampuan membayar balik hutang yang ditanggungnya apabila tamat tempoh perjanjian, pemberi gadaian akan diberitahu atau dimaklumkan tentang barang gadaian yang terpaksa dijual. Sekiranya harga jualan melebihi baki hutangnya, lebihan tersebut akan dikembalikan. Ini berlaku kerana nilai pinjaman adalah jauh lebih rendah dari nilai barang gadaian. 

4.    Barang Kemas Yang Disimpan Selamat
Semua barang kemas yang disimpan dalam skim tersebut adalah selamat. Di mana, penerima gadaian akan menjamin pemeliharaan dan bertanggungjawab ke atas barangan kemas yang diberi oleh pemberi gadaian. Dengan ini, pemberi gadaian tidak perlu risau dengan masalah pemeliharaan dan penjagaan barang kemas mereka sepanjang ia berada di pihak penerima gadaian. 

5.    Caj perkhidmatan Yang Rendah
Ar-Rahn menawarkan caj perkhidmatan yang rendah. Semua pengurusan di Ar-Rahn melibatkan kos dan risiko yang rendah jika dibandingkan dengan Pajak Gadai Konvensional. Pajak Gadai Konvisional menawarkan caj perkhidmatan yang tinggi dan ada juga sebilangan pemegang atau tauke Pajak Gadai Konvensional yang menerima atau meminta wang pendahuluan dari penggadai walaupun akta melarang kegiatan tersebut. 

6.    Tiada Unsur Penipuan Semasa Membuat Timbangan.
Pemberi gadaian juga tidak perlu risau dengan penipuan-penipuan yang sering berlaku semasa timbangan dibuat. Ini kerana, dalam Ar-Rahnu tidak akan berlaku sebarang unsur penipuan semasa timbangan dibuat dan nilai timbangan yang jelas akan ditunjukkan kepada pemberi gadaian. 

7.    Tempoh Membayar Balik Yang Munasabah
Ar-Rahnu juga merupakan sebuah Pajak Gadai Islam yang boleh bertolak ansur dengan pelanggannnya berkaitan dengan tempoh membayar balik wang pinjaman yang telah dipinjam. Tempoh membayar balik yang dikenakan adalah munasabah dan boleh diterima pakai oleh semua pihak. Tidak seperti sesetengah Pajak Gadai Konvensional yang kadangkala meminta wang tambahan daripada pemberi gadaian sekiranya pemberi gadaian ingin melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman mereka. 

8.    Pemberian Notis Kepada Penggadai Tentang Upacara Lelongan
Pihak penerima gadaian akan memberi notis kepada pihak penggadai sekiranya barang gadaian mereka hendak dilelongkan dan tempoh masa membayar balik untuk mereka telah habis. Dengan ini pihak pemberi gadaian akan mengetahui bahawa tempoh masa membayar balik yang diperuntukkan untuk mereka telah habis dan barang gadaian mereka akan dilelongkan. 

9.    Memberi Nilai Gadaian Yang Sepatutnya
Perkara ini sering berlaku dalam Pajak Gadai Konvensional. Ia berlaku kerana Akta Pemegang Pajak Gadai tidak menetapkan nilai tara atau kriteria untuk menilai gadaian berkenaan. Dalam Ar-Rahnu, penerima gadaian akan memberi nilai gadaian yang sepatutnya dengan barang gadaian yang digadai oleh penggadai. 

Ar-Rahnu menggabungkan dua konsep syariah yang utama iaitu Ar-Rahnu dan Al-Wadiah Yad Dhamanah:
•    Ar-Rahnu merujuk kepada mekanisme di mana suatu barang berharga dijadikan sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya, sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.

•    Al-Wadiah Yad Dhamanah merujuk kepada simpanan barang berharga dengan jaminan. Setiap simpanan akan dikenakan upah simpan.

Tuesday, November 22, 2011

Apabila Melayu mula minat Hendak Melabur Emas siapa sabotaj?


Melayu mula hendak berjinak melabur Emas secara bijak di Pajak gadai Islam  Arrahnu.Bangsa lain mula sabotaj Arrahnu supaya orang Melayu hanya membeli dan menyimpan emas dalam almari.Arrahnu mula difitnah.Kepercayaan cuba digoyah.Fakta  palsu tonjolkan.Harian Metro dijadikan medan pembohongan. ini link  .....  http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Elaktertipubeliemas/Article/index_html
Pembohongan pertama
"Tetapi apa yang berlaku kini harga emas sedang turun sejak sebelum puasa lagi."

 Ogos 2011 = Ramadhan  == nak menipu org melayu yg  baca harian Metro bukti emas naik x henti2.... saksikanlah bermula bulan Julai usd1600/ounce  naik hingga usd1900/ounce.... nak menipu fakta??.timbanglah sendiri

pembohongan kedua
"Lebih memburukkan keadaan apabila pihak Ar-Rahnu hanya membenarkan emas dipajak untuk tempoh masa enam hingga lapan bulan saja dan pihak pembeli perlulah menebus semula emas mereka sebelum boleh memajakkan semula ke bank."

6 bulan,7 bulan,8,9bulan????suka2 buat fitnah pada Arrahnu.Arrahnu mana???TAK payah bawa duit nak tebus.Pembohong betul la mamat nih.setahu Aku Notis 6 bulan diberi,notis 3 bulan lagi menyusul sekiranya masih x dtg.Arrahnu akan beri notis 2 bulan lagi.Selepas itu baru notis utk lelongan dikeluarkan.Tetapi kalau bulan yg ke 10 kita dtg ke Arrahnu maka kita boleh buat overlap@gadaian semula.Kemudian sambung 6 bulan semula dan seterusnya.... Tak tahu lah kalau Emas Public gold boleh gadai 6 bulan shj.wallahhualam

Pembohongan ketiga
"Akhirnya, apabila pembeli tidak mampu menyediakan wang berkenaan, maka pihak bank akan melelong emas kita itu tadi dan pembeli yang menanggung kerugian"
Ini perbezaan pajak gadai berlandaskan syariah seperti Ar-Rahnu.berbanding Pajak gadai cina berlandaskan 'SERAKAH' Pajak gadai cina mengenakan 2% sebulan. 6 bulan tempoh gadaian1 hari anda lewat Emas anda akan dilelong!!!!
Pajak gadai bukan islam sebulan 2% dari pinjaman.kalau pajak dpt 10k sebulan bunga RM200.00.  pajak gadai diorang ni kaki sembelih.dah lama dah kita kena sembelih . . . . . cukup2 la tu
pembohongan keEmpat
"Saya kasihan melihat orang Melayu ditipu oleh orang Melayu sendiri."
100% aku yakin mamat ni bukan Melayu, kl ye pun Melayu haprak yg diupah oleh bangsa lain takut org melayu membuat pelaburan bijak melalui Arrahnu.Apabila jualan Emas rangkaian kedai mereka tergugat mereka mula menabur benih fitnah terhadap peniaga melayu  yg menggunakan Arrahnu(Pajak Gadai Islam).


NASIHAT UNTUK ORANG MELAYU YG BERMINAT MELABUR EMAS
1.Mula belajar tentang ilmu pelaburan emas sebelum melabur.Usah dimomok dan ditakut-takutkan oleh pihak yg takut org melayu kukuh ekonomi.
2.Melabur lah dgn bijak dan praktikal melalui Arrahnu.Anda cuma sediakan 30% jumlah duit yg hendak dilaburkan drpd jumlah sebenar.
3.Pelabur jangka pendek (2 - 5 tahun) dan Pelabur Jangka panjang(5-15tahun)JANGAN jual Emas di tangan anda kerana Emas ditangan anda boleh menjadi ibu duit melalui Pelaburan Emas di Arrahnu.

** Sekiranya ada sebarang pertayaan sila hubungi saya di talian 0122971416 saya akan sedaya upaya menjawab.
**sekiranya talian penuh sila sms.saya akan cuba membalas secepat mungkin

Sunday, November 20, 2011

Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan?





SOALAN
Saya ada terdengar cermaah Dr di radio dan Dr ada mengatakan sebuah pelaburan Islam tidak boleh dijamin keuntungan dan juga modalnya, oleh pihak pengusaha. Bolehkah Dr memberikan sedikit penjelasan khususnya dari segi fatwa badan ulama Islam dan dalilnya jika boleh. Jutaan terima kasih diucapkan.
JAWAPAN
Memang benar, hampir semua orang yang mempunyai lebihan wang untuk melabur sukakan sebuah pelaburan yang rendah risiko dan tinggi pulangannya, namun itu di luar norma kebiasaan dan sifat sesebuah pelaburan menurut perspektif Islam. Islam amat mementingkan kesaksamaan di antara pelabur dan pengusaha dan walaupun jaminan keuntungan itu dianggap sebagai suatu yang sangat disukai, ia sebenarnya mengakibatkan ketidakadilan kepada pengusaha, lantaran terpaksa membayar sesuatu kepada pelabur di ketika mengalami kerugian. Ketidakadilan pula kepada pelabur lantaran akan hanya mendapat peratusan terhad yang dijanij di waktu keuntungan melepasi peratusan yang dijanjikan. 
Menyentuh bab jaminan modal dan keuntungan ini, pelbagai resolusi persidangan cendiakawan Fiqh telah dikeluarkan, antara yang paling berpengaruh adalah seperti berikut:-
  1. 1. Badan Perakauanan dan Kewangan Islam Antarabangsa (AAOIFI)
Majlis Sharīʾah AAOIFI memutuskan seperti berikut:-
يد الشركاء على مال الشركة يد أمانة فلا ضمان على الشريك إلا بالتعدي أو التقصير. ولا يجوز أن يشترط ضمان أي شريك لرأس مال شريك آخر.
Ertinya: “Tanggungan para rakan kongsi terhadap modal perkongsian adalah tanggungan jenis amanah, maka tiada jaminan boleh diberikan kepada rakan kongsi kecuali apabila wujud pencerobohan atau kecuaian. Tidak juga harus disyaratkan jaminan (walau) diberikan oleh mana-mana rakan kongsi kepada modal rakan kongsi yang lain.”  (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah, AAOIFI, hlm 164)
Selain itu, dalam resolusi berkaitan Ad-amānāt, AAOIFI memutuskan sebagai berikut:-
لا يجوز اشتراط الكفالة أو الرهن في عقود الأمانة ..لمنافاتهما لمقتضاها ما لم يكن اشتراطهما مقتصرا على حالة التعدي أو التقصير أو المخالفة وبخاصة عقود المشاركات والمضاربة..ولا يجوز تسويق عملياتها على أنها استثمار مضمون.
Ertinya: “Tidak harus disyaratkan kafālah atau rahn dalam kontrak-kontrak amanah…disebabkan bercanggah keduanya dengan kandungan kontrak amanah, kecuali jika syarat itu hanya terhad kepada ketika wujdunya kecuaian dan pencerobohan atau percanggahan, khususnya dalam kontrak mushārakah dan muārabah..dan tidak harus juga dipromosi seolah produk pelaburan ini adalah sebuah pelaburan yang dijamin”
  1. 2. Majallah al-Ahkām Al-ʾAdliyyah

Dicatat di dalam klausa nombor 768:-
الأمانة غير مضمونة، فإذا هلكت أو ضاعت بلا صنع الأمين ولا تقصير منه لا يلزمه الضمان.
Ertinya: “(Kontrak) amanah tidak boleh dijamin, justeru apabila musnah atau hilang bukan disebabkan perbuatan yang pemegang amanah dan buka asbab kecuaian darinya, tidak boleh dimestikan baginya jaminan (gantian)” (Syarh Al-Majallah, Salim Rustam Baz, hlm 426)

Perlu difahami, kontrak pelaburan Islam dikategorikan sebagai kontrak amanah yag mana kedua-dua pihak dalam kontrak amanah seperti mushārakah adalah rakan kongsi yang perlu saling bantu membantu atas dasar keduanya pemegang amanah (amīn) terhadap wang modal masing-masing. Mereka bersepakat menggunakan modal tadi bagi menghasilkan keuntungan yang boleh dinikmati bersama, bukannya satu pihak terpaksa menjamin keuntungan atau keselamatan modal rakan kongsi yang lain. Jika itu dilakukan, ia mencarikkan asas utama kontrak amānah. Tiada alasan munasabah dan boleh diterima hukum Islam boleh menjustifikasikan tindakan terbabit, kecuali apabila terdapatnya pecah amanah dan kecuaian yang jelas. (Al-Maʾāyir al-Sharʾiyyah, AAOIFI, hlm 67)

Seterusnya apabila pemberian duit atas nama pelaburan, kemudian dijanjikan pulangan tertentu dan jaminan modal maka ia akan berubah sifatnya menjadi riba, tetapi si penyokong Pelaburan ini sekali lagi cerita benda lain.

Inilah punca utama pelaburan jadi batal, berikut Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI berikut teks fatwanya :-
إذا شرط أحد الطرفين لنفسه مبلغاً مقطوعاً , فسدت المضاربة
Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)

Ingin tegaskan sekali lagi bahawa keputusan Majlis Fatwa kebangsaan yang mengharamkan Pelaburan Melalui Internet adaah kerana beberapa ciri tertentu, yang paling utama adalah kerana jaminan dan promosi keuntungan tetap dan jaminan modal dalam sebuah pelaburan.  Sebenarnya ciri ini juga telah diputuskan haram secara sepakat Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia pada tahun 1992 yang mewartakan :
"إنه لا يجوز في المضاربة أن يحدد المضارب لرب المال مقداراً معيناً من المال , لأنه يتنافى مع حقيقة المضاربة ولأنه يجعلها قرضاً بفائدة"
"Sebarang pelaburan yang mana pihak pengusaha (mudarib atau syarikat) menjamin satu kadar pulangan tertentu kepada pelabur (peserta), maka ia adalah haram oleh kerana ia telah menukar sifat pelaburan secara Islam kepada elemen pinjaman dengan janji faedah Riba" ( Majma Fiqh Al-Islami, Qarar wa Tawsiat)

Malah Ijma ( persepakatan ulama ) dalam hal ini juga telah ada, ia di catat di dalam Keputusan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia apabila disebutkan:
وقد أجمع الأئمة الأعلام: على أن من شروط صحة المضاربة، أن يكون الربح مشاعاً بين رب المال والمضارب، دون تحديد قدر معين لأحد منهما،
Ertinya : "Telah ijma seluruh imam-imam (mujtahid) di mana termasuk dalam syarat sah sesebuah pelaburan "mudarabah" itu adalah mestilah pembahagian keuntungan dibuat secara nisbah untuk si pelabur dan pengusaha tanpa menentukan jumlah tertentu bagi sesiapa antara mereka "

Maka jika ditentukan 2.5 % dari modal akan diberi sebagai untung atau 250 % dari modal sebagai untung. maka ia adalah sama bercanggah dengan nas fatwa di atas, kerana ia sudah ditetapkan, berbanding cara yang sah di sisi Islam iaitu meletakkan peratusan 30 % dari keuntungan ( jika ada)..maka jumlah hanya akan diketahui apabila perusaha itu sampai tempoh matangnya , kiraan untung akan dibuat tatkala itu, dan barulah boleh diketahui berapa jumlah 30 % dari untung itu. Malah jika tiada untung, maka tiadalah guna lagi 30 % itu.

BEBERAPA DALIL
Selain dalil hadis yang telah disebutkan banyak kali sebelum ini dan juga dalil AL-Quran yang melarang sesame manusia memakan harta yang lain secara bathil. Antara dalil tambahan yang menunjukkan jaminan sebegitu tidak dibenarkan adalah dari kata Sayyidina Ali :-
لا ضمان على من شورك في الربح
Ertinya : “Tiada jaminan ke atas sesiapa yang dikongsi keuntungan dengannya.” (Al-Mughni, Ibn Qudāmah, 5/32)
Jika terdapatnya jaminan keuntungan atau jaminan modal, ia juga akan mencanggahi prinisp asal pelaburan Islam yang meletakkan konsep :-
الغنم بالغرم
Ertinya: Keuntungan adalah melalui penanggungan risiko. (Al-Qawāʾid Al-Fiqhiyyah, Al-Nadwi Ahmad.A, Dār Al-Qalam, Syria, 2000), p. 411; Durar al-Ahkām Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 87, 9/90)
Dalam keterangan kaedah ini disebutkan:
من ينال نفع شيء، يجب أن يتحمل ضرره
Ertinya: Sesiapa yang berkehendak mendapatkan manfaat dari sesuatu, mestilah baginya menanggung kemudaratannya. (Durar al-Ahkam Sharh Majallah Al-Ahkam, nombor 85, 9/90)
Bermakna, pihak yang boleh menerima keuntungan adalah pihak yang sama-sama bersusah payah menanggung risko kerugian, sejurus mereka cuba menghilangkan risiko terbabit, bahagian keuntungan tidak lagi wajar diserahkan kepada mereka yang terjamin.
Hasilnya, dalam kontrak pelaburan Islam, kesemua pihak pelabur dan rakan kongsi  akan sama-sama menanggung kebolehrugian, atas dasar tersebut kesemua mereka berhak menerima keuntungan. Manakala keuntungan (jika ada) boleh dikongsikan sama ada berdasarkan peratusan modal yang disuntik atau apa-apa nisbah yang disepakati. Demikian menurut athar dari sayyidina ‘Ali kw :
الربح على ما يصطلحا عليه الشركاء والخسارة على قدر المال
Ertinya : Pembahagian keuntungan adalah diatas apa yang dipersetujui manakala kerugian mestilah di atas nilai modal masing-masing. (Musannad Ibn Abi Shaybah, matba’ah al-Rushd, Riyadh, jil 4, hlm 268)
Sekian
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman

Saturday, November 19, 2011

Hilangnya dinar dan dirham dari Arab Saudi




Ramai yang  bertanya: mengapa Pemerintah Arab Saudi memakai wang riyal kertas, dan bukan Dinar dan Dirham? Ini sebahagian dari jawapannya.

Untuk menjawab pertanyaan mengapa Saudi Arabia memakai wang kertas riyal, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak, kita perlu mengetahui kedudukan kerajaan ini. Pada mulanya wilayah Hijaz adalah sebahagian dari Daulah Utsmaniah yang, tentu sahaja, menggunakan Dinar emas dan Dirham perak sebagai mata wangnya. Pada pertengahan abad ke-18, sebuah amirat lokal, dipimpin oleh amirnya, Muhammad ibn Sa'ud (meninggal 1765), menguasai suatu desa yang kering dan miskin, Dariyah. kegiatannya yang selalu membuat onak, dan mengganggu jamaah haji, kelompok Al Sa'ud terus-menerus dalam konflik dengan pemerintahan Utsmaniah. Mereka mendapat bantuan dari Kerajaan British.

Pada tahun 1924, Parlimen Turki melalui Kamal Artarturk telah mengistiharkan bahawa Khilafiah Othmaniah sudah berakhir dan mengistiharkan penubuhan Republik Turki. Undang - undang shariah pada masa yang sama digantikan dengan undang - undang sekular.Empat hari selepas pengistiharan tersebut, Sharif Hussain yang menjadi penjaga haramain wilayah Othmaniah selama ini mengistiharkan dirinya sebagai Khalifah.  
Salah satu mata rantai awal pemberontakan ini sendiri, adalah Amir di Najd waktu itu, Abdullah Ibn Sa'ud, berhasil ditangkap dan akhirnya dipancung di depan istana Topkapi, di Istanbul, setelah diadili dan dinyatakan sebagai seorang zindiq, pada 1818.
Pada 13 Oktober dan 5 Disember tahun 1924, Abdul Aziz bin Saud telah menawan Kota Mekah dan Madinah. Jeddah di awal tahun 1925. Pada tahun 1925 juga, di bulan Desember, Ibn Sa`ud menyatakan diri sebagai Raja Hijaz, dan pada awal Januari 1926 ia menjadi Raja Hijaz dan Sultan Najd dan daerah-daerah bawahannya. Untuk pertama kali , empat wilayah penting di Jazirah Arabia, yaitu Najd, Hijaz, `Asir, dan Hasa, kembali berada di tangan kekuasaan suku Saud. Pada tahun 1932, Ibn Saud telah berhasil menyatukan apa yang sekarang dikenal sebagai Kerajaan Saudi Arabia.
Sebuah bank asing ditubuhkan di Jiddah pada tahun1926, tetapi kepentingannya sangat kecil. Bank-bank asing dan tempatan telah terbentuk apabilai pendapatan minyak mula  meningkat. Perniagaan mereka mengandungi kebanyakannya membuat memberi pinjaman jangka pendek, membiayai import, dagangan perdagangan, dan syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan jemaah-jemaah haji.
Meninggalkan Muamalat
Sejak awal, Pemerintahan Saudi Arabia, merupakan sekutu Barat (bermula dengan British, kemudian Amerika Syarikat), dan menjadi semakin erat dengan penemuan minyak pada tahun 1950-an. Beroperasinya perusahaan minyak raksasa (Aramco = Arabian-American Oil Company) dengan markas besarnya di Dahran, di tempat yang sama dengan Pangkalan Tentera AS (i 1946), di Hijaz, merupakan simbol dan sekaligus sumber kekuasaan Rejim Sa'ud sampai ketika ini. Semakin hari kita semakin kita ketahui Rejim Saud makin meninggalkan muamalat dan mendakap kapitalisme barat.
Raja Abdul Aziz bin Sa'ud, pengasas Saudi Arabia, berkuasa penuh mulai tahun 1926 sampai 1953. Pada mulanya, setelah memasuki Mekkah (8 Jumadil Ula 1343 H), beliau menolak  wang kertas di wilayahnya, setelah memusnahkan wang kertas lira Turki sekular yang beredar di Haramain. Pada masa pemerintahannya, jamaah haji dari penjuru dunia menggunakan belbagai jenis koin emas dan perak dari negara masing-masing. Namun koin dinar Hashimi dan riyal perak Austria - Maria Theresa, juga riyal perak Hijaz yang paling popular di sana.
Maka, pada tahun 1950-an, adat kisah Raja Abdul Aziz yang selalu membawa harta kerajaan yang berupa koin emas-perak kemanapun dia pergi bagaikan orang kolot dan primitif. Namun setelah dia wafat, penggantinya, Raja Sa'ud bin Abdul Aziz (1953-1964), bersikap lain. Sejak ia berkuasa, dengan bantuan teknikal Amerika Syarikat pada tahun 1952 Arab Saudi Monetary Agency (SAMA)  ditubuhkan dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961 melalui Dekrit Kerajaan 1.7. 1379 H, dalam pecahan 1 - 100 riyal.
Raja tergiur menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak. Idea wang kertas diambil dari usaha SAMA atas penerbitan wang kertas resit yang berjalan dalam percubaan (trial)  pada musim haji sepanjang tahun 1953-1957. Dengan menerbitkan Haj Pilgrim Receipt dalam satuan riyal perak, SAMA mulai menarik semua jenis koin emas dan perak yang beredar di Haramain. Para jamaah haji dari luar negera pun diwajibkan menukarkan koin emas perak yang mereka bawa.
Lihat apa yang ditulis dibawah ... THE SAUDI ARABIAN MONETARY AGENCY HOLDS IN ITS VAULT TEN RIYAL AT THE DISPOSAL OF THE BEARER OF THIS FULLY NEGIOTABLE RECIEPT....
Setelah populer, kupon haji itu pun kemudian dinyatakan tidak berlaku lagi sejak Oktober 1963 dan akhirya tanggal 20 Mac 1964, diganti dengan wang kertas riyal.

10 Riyal 1968 – Tiada lagi sandaran Perak.
Masalahnya sejak saat itu, ONH atau BPIH (Biaya Perjalanan Ibadah Haji) wajib dibayar dalam wang kertas dolar AS, bukan dengan wang kertas riyal! Sebab Kerajaan Saudi Arabia telah menyepakati pula berlakunya perjanjian Bretton Wood (1944), yang menyatakan bahwa dolar AS adalah satu-satunya mata wang yang laku untuk transaksi internasional. Segala transaksi dengan koin dinar Hashimi dan riyal perak (1 riyal = 4 dirham), termasuk koin real Maria Theresa di batalkan oleh negara. Maka umat Islam sedunia berduka atas hilangnya mata uang syariah dinar dan dirham.
Genaplah sudah makna hadis dengan maksud berikut: "Tak seorang pun manusia yang tidak memakan riba" yang diriwayatkan oleh Abu Daud, semoga Allah merahmatinya. Dinar dan Dirham dihapuskan sampai dua kali, pertama 1914 oleh Sultan-sultan boneka sisa Daulah Utsmaniah(Turki), dan keduanya pada tahun 1964 oleh KSA tersebut di atas. Tapi para ulama belum dapat mengambil kesimpulan dari terbitnya wang kertas riyal ini, tentang status halal-haramnya wang kertas. Sampai, akhirnya, diterbitkan fatwa tentang wang kertas, pada tahun 1984, yang menyatakan bahwa wang kertas adalah halal.

Lahirlah Fatwa :  "Berkenaan hukum wang kertas fiat : Ia adalah matawang pada hukumnya disebabkan padanya terdapat sifat nilai harga yang lengkap, dan oleh itu semua hukum hakam yang ada pada emas dan perak adalah jatuh kepada wang kertas fiat seperti hukum berkaitan riba, kewajiban zakat, jual beli secara salam, dan seluruh hukum emas dan perak. (qararat wa tawsiat, Majma Al-Fiqh Al-Islami, hlm 40) 
Begitulah, sejarah Islam yang dapat kita ketahui, fatwa Saudi Arabia yang menghalalkan wang kertas, satu-satunya fatwa resmi dari suatu pemerintahan ("Islam") di dunia ini. Tetapi, kisah ringkas sejarah ekonomi politik Saudi Arabia sebagaimana diuraikan di atas, kiranya cukup menjelaskan mengapa Saudi Arabia menggunakan riyal kertas, dan bukan Dinar emas dan Dirham perak.